Friday, August 12, 2011

ETIQA MEDICAL CARD







KENAPA HARUS MEMILIH TAKAFUL ETIQA MEDICAL CARD?

1. Hanya dengan menggunakan Kad Perubatan (Medical Card) untuk kemasukan ke panel hospital

2. Ciri-ciri unik Takaful Medic-Save Rider

a) Pemeriksaan Pakar (In-Hospital Specialist Visit)b) Kebaikan Penjagaan untuk Kanak Kanak (Guardian Benefit for Insured Child)
c) Pendapat Kedua tentang Pembedahan (Second Surgical Opinion)
d) Rawatan Kecemasan Pergigian disebabkan Kemalangan (Emergency Accidental Dental Treatment)
e) Rawatan Kecemasan disebabkan Penyakit (Emergency Sickness Treatment)f) Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar Outpatient Physiotherapy Treatment (follow-up where there is a physiotherapist besides another during hospitalization

3. Jaminan memperbaharui sehingga ke umur 75 tahun selagi dalam lingkungan had seumur hidup 

4. Memiliki ciri-ciri Perkongsian Keuntungan daripada Konsep Perniagaan Takaful

5. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital

6. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah

7. Kemudahan untuk kemasukan panel hospital
8. Mempunyai pilihan untuk ke panel hospital dan jenis bilik

9. Bayaran hanya sebahagian kecil daripada perbelanjaan keseluruhan

10. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital

11. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah

PERATURAN


Takaful Medic-Save Rider boleh di gandingkan dengan Polisi Takaful Keluarga yang baru seperti:
i. Etiqa Mesra
ii. Etiqa Prima
ii. Etiqa Warisan
iii. Etiqa Ehsan
Tempoh menunggu untuk kemasukan ke hospital adalah selama 30 hari dari tarikh kuat kuasa sijil melainkan disebabkan oleh kemalangan

Penyakit-penyakit Khusus yang dinyatakan bermaksud penyakit-penyakit dan komplikasi-komplikasi berikut, berlaku dalam masa 120 hari kepada Peserta:

a) Hypertension, diabetes mellitus dan Penyakit Kardiovaskular
b) Semua tumor, kanser, cyst, nodules, polyps, stones of the urinary system dan sistem billiary
c) Semua penyakit berkaitan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d) Hernias, hemorrhoids, fistulae, hydrocele, varicocele
e) Penyakit Endometriosis termasuk sistem peranakan
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut

Sumbangan dari Takaful Medic-Save Rider mestilah kurang atau minimum 50% dari jumlah keseluruhan Sumbangan
Kelayakan Penyertaan (pada tarikh lahir akan datang)
Minima : 30 hari
Maksima : 59 tahun
Umur Maksima Dilindungi : 75 years old

Cara Pembayaran
Semua pembayaran mestilah sama dengan Sijil Asas

Contoh: Jika Sijil Asas adalah secara bulanan, maka sama juga dengan Rider.
Tempoh perlindungan mestilah sama dengan Sijil Asas atau minima 5 tahun dari tarikh mula, dan maksima 75 tahun, yang mana terdahulu.

PEMBATALAN

Rider ini akan terbatal secara automatik sekiranya:
a) Sumbangan tidak dijelaskan
b) Polisi paid-up, matang, luput, tidak dibayar atau dibatalkan
c) Peserta meninggal atau hilang upaya kekal
d) Permohonan bertulis daripada peserta untuk membatalkan rider
e) Jika tuntutan melebihi had seumur hidup
f) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut

Fikirkan ? Dan Cari Perbezaan


EMPAT SENARIO JIKA BERLAKU MUSIBAH 


36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL




Salam Buat Semua,Untuk makluman semua, di bawah saya sertakan 36 jenis-jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Critical Illness rider yang boleh disertakan bersama-sama pelan Mesra,Prima, dan pelan-pelan simpanan yang lain.


TAKRIF DIAGNOSIS
                                                                                   
Hendaklah bermaksud diagnosis definitif yang dibuat oleh Pakar Perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti yang diperlukan dalam takrif bagi setiap Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan disokong oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, kami akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi dan/atau apa-apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang kami lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat Peserta/Orang yang Dilindungi dan Kami.

PAKAR PERUBATAN – Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta/Orang yang Dilindungi itu sendiri, suami/isteri, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan/atau majikan Peserta/Orang yang Dilindungi.

PENYAKIT DILINDUNGI:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3 Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

6. Ensefalitis                                                                                                     Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor Otak                                                                                              BenignaTumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.

13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:a) Pemindahan produk darahb) Agen perangsang sumsumc) Agen imunosupresifd) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala Utama                                                                               Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar Teruk                                                                                           Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)Permukaan tubuh25. Pemindahan Organ UtamaMenjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:
a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)EnsefalopatiPenyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus Fulminan                                                                                  Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dand)Demam kuning yang semakin teruk.Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan Jantung                                                                                         Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; danb)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; danc)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru-Paru
KronikKegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.Kriteria berikut mestilah dipatuhi:a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); danb)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; danc)Dsypnoea semasa berehat.

36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:
a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot

Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya

KAEDAH PEMBAYARAN


1. TUNAI
(Boleh bayar terus ke Cawangan Etiqa berhampiran atau kepada Agen)

2. ONLINE

3. KAD KREDIT


4. POTONGAN GAJI MELALUI ARAHAN TETAP BANK
(Standing Intruction)

5. POTONGAN GAJI MELALUI BIRO ANGKASA (Khas Untuk Kakitangan Kerajaan Sahaja)

Tuesday, July 12, 2011

ETIQA TAKAFUL ANTARA ANUGERAH TERINDAH

THURSDAY, JANUARY 20, 2011

SARJANA takaful pendidikan - Antara yang digemari dan dicari ibubapa prihatin

Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapi demi masa depan dan kesejahteraan anak anda?

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.

Kecemerlangan masa depan anak anda di tangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.

Manfaat Utama
Manfaat Perlindungan
*sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak akan dilunaskan atau disambung bayar oleh takaful sehingga tarikh matang.
*sekiranya berlaku kematian ke atas anak, takaful akan menyumbang khairat kematian dan memulangkan wang simpanan pesrta beserta keuntungan.
*sekiranya berlaku keilatan ke atas anak takaful akan menyumbang manfaat keilatan tersebut.
*elaun harian hospital jika anak diwadkan.

Pembahagian Keuntungan
80% kepada peserta : 20% kepada Etiqa Takaful Berhad

Pengecualian Cukai Pendapatan
Layak menerima pelepsan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hadiah Intelek
Peserta memperolehi keputusan cemerlang akan memperolehi wang tunai sebagai hadiah galakan;
      UPSR :RM500
      PMR  :RM750
      SPM  :RM1000
      STAM :RM1000
      STPM :RM1000

*selamat berSarjana dari etiqa takaful-Kamariah Agency
                                                          No 31, Jln Gemilang 1, Taman Gemilang,
                                                          32610 Seri Iskandar, Perak.

Sunday, February 6, 2011

Pelan WARISAN (SKIM TABUNGAN PERSARAAN DAN PERLINDUNGAN)

Skim Tabungan Persaraan Dan Perlindungan adalah satu skim yang dibina untuk mewujudkan kerjasama antara dua pihak iaitu peserta bersama Etiqa Takaful Berhad sebagai pemegang amanah. Ianya bertujuan bagi menyediakan Pelan Perlindungan Takaful sepanjang tempoh perkhidmatan serta Manfaat Tabungan Persaraan kepada peserta.

OBJEKTIF ASAS
  • Menyediakan SkimPerancangan Simpanan Persaraanapabila sampai usia bersara.
  • Manfaat Perlindungan sebagai persediaan SEKIRANYA ditimpa musibah.
  • Menyediakan Manfaat Kebajikan Tambahan sepanjang tempoh perkhidmatan.
MANFAAT UTAMA
  • Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.
  • Plilihan sumbangan terhad pada umur 55, 60 atau 65 tahun.
  • Di akhir tempoh kontak semua amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta beserta dengan lebihan Akaun Khas Peserta akan dipulangkan.
  • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh keilatan.
  •  Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul daripada tahun kedua penyertaan.
  • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan. 
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.

  • Rider bertempoh
  • Rider Penyakit Kritikal
  • Rider Manfaat Hospital
  • Rider Pampasan Kemalangan
  • Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
  • Rider Manfaat Pembayar - Kontrak Juvana Sahaja
Kelayakan Penyertaan
Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan : Minimum 28 tahun dan maksimum 87 tahun
Had Umur Matang : 88 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan Minimum : RM600.00 setahun

Lat Sumbangan : * Tahunan
                          * Setengah Tahunan
                          * Suku Tahunan
                          * Bulanan

Perlindungan Minimum : RM10,000

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuesday, February 1, 2011

Tentang Takaful

Pengertian Takaful
 “Skimyang berasaskan persaudaraanperpaduan dan bantuan bersama yangmenyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jikadiperlukan di mana peserta-peserta  sama-sama bersetuju untuk memberisumbangan bagi maksud itu.”


Ciri-ciri Takaful; 
  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru'
  • Pelaburan Halal
  • Dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada Unsur Riba
  • Tiada Unsur Maisir
  • Tiada Unsur Gharar
  • Perkongsian Keuntungan (80% Peserta : 20% eTiQa)

Perbandingan Takaful dan Insurans

Takaful
  1. Tertakluk Akta Takaful 1984
  2. Peserta melaksanakan sumbangan berdasarkan konsep tabarru'
  3. Penyumbang adalah peserta dan sebahagian drp keluarga besar
  4. Syarikat = Pengendali risiko
  5. Penyertaan takaful merupakan satu akad antara peserta dan Pengendali takaful
  6. Majlis Pengawasan Syariah berfungsi penuh agar syarikat menepati syarak
  7. Tiada unsur riba, maisir dan gharar

Insurans
  1. Tertakluk Akta Insuran 1963
  2. Pemegang polisi membayar premium atas perlindungan
  3. Pembayar adalah pembeli dan dianggap sebagai orang luar
  4. Syarikat = Penanggung risiko
  5. Pembelian insurans adalah satu kontrak antara Penginsurans dan Pemegang Polisi
  6. Tiada Majlis Pengawasan Syariah
  7. Terdapat unsur-unsur maisir,riba dan gharar (Rukun jual beli tidak sempurna)











Kenapa Perlu Saya Ambil Takaful

  •  Persiapan jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
  • Ambil takaful ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang takaful.
  • Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
  • Kos pengajian semakin tinggi. Anak saya perlu ada takaful untuk meringankan beban saya kelak.
  • Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya saya meninggal dunia akibat musibah.
  • Takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Amanah Allah"

Intisari Sural AL-BAQARAH : Ayat 180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat utk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa"

Intisari Surah AL-BAQARAH : Ayat 240

"Allah S.W.T memerintahkan kepada para suami supaya menyediakan perbelanjaan yang sehingga boleh bertahan selama setahun lamanya untuk isteri-isteri yang akan ditinggalkan kerana kematian"

Intisari Surah AN-NISSA' : Ayat 9

"Allah S.W.T memerintahkan kepada para ibu bapa agar tidak berlaku zalim kepada anak-anak yang akan ditinggalkan kerana kematian ibu bapa mereka, iaitu hendaklah mereka meninggalkan harta yang sekadar dapat mereka meneruskan hidup mereka sehinggalah mereka mampu berusaha sendiri"


Sabda Rasulullah S.A.W ; 

 Tinggalkan anak-anak dan isteri dalam kesenangan (berharta)adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaanmeminta-minta -Hadith Riwayat Al-Bukhari

Pelan Jaminan Kewangan

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?
Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak?

Etiqa takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah, antaranya;

1. Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal
2. Elaun harian hospital
3. Pampasan kemalangan diri (24 jam)
4. Pampasan 36 penyakit kritikal
5. Tabung pendidikan anak (Program anak angkat & biasiswa)
6. Simpanan untuk persaraan
7. Jaminan haji dan umrah
8. Tabung kecemasan
9. Pulangan Matang

Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi;

1. Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA
2. Pelepasan cukai pendapatan
3. Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan
4. Amal jariah
5. Muamalat Islam

"Langkah Bijak Anda Menabung Hari Ini Menjamin Masa Depan Anda Sekeluarga"

Kaedah Perlaksanaan

Peserta;
  1. Peserta mencarum secara tetap/berkala.
  2. Bersetuju dan redha sebahagian kecil caruman ditabarru' untuk digunakan bagi membantu peserta yang lain ditimpa masalah.
  3. Begitulah sebaliknya akan menerima bantuan dari tabungan Tabarru' peserta apabila diri ditimpa masalah.
  4. Layak mendapat apa-apa manfaat lain sebagaimana tujuan dan matlamat peserta dalam Takaful.
Etiqa; 
  1. Melaksanakan pelaburan dan menguruskan dana berasaskan syarak.
  2. Mengagihkan keuntungan kepada semua peserta. (Peserta 80% : Etiqa 20%)
  3. Menjaga kebajikan (manfaat) peserta berdasarkan kontrak Takaful.

PRODUK-PRODUK TAKAFUL PERIBADI

KESIHATAN
Anda tidak akan dapat menjangkakan bila anda akan menghadapi masalah kesihatan. Maka amat bijak jika anda bersedia untuk menghadapi situasi-situasi yang boleh menyebabkan masalah kewangan kepada anda.
    • Medic Save Rider

SIMPANAN
Bukankah sempurna sekiranya anda menyimpan sejumlah wang untuk simpanan, dan mendapat perlindungan sewajarnya?
    •  Mesra
    • Warisan

RUMAH KEDIAMAN
Kediaman anda adalah syurga anda. Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk melindunginya. Begitu pun, jika malang menimpa, adakah anda mempunyai perlindungan yang diperlukan?
    • Empunya Rumah/Isi Rumah

PERLINDUNGAN
Amat wajar untuk anda memiliki perancangan awal yang teliti bagi melindungi anda dan orang tersayang untuk menempuh hidup dengan selesa tanpa sebarang kesulitan.
  •  Prima
    •  Ehsan
    •        Sakinah
    •        Kemalangan Diri
    •        Femina Special

KERETA
Apabila anda mempunyai kereta, anda perlu memastikan kereta anda itu diinsuranskan daripada kehilangan atau kerosakan.
    • Takaful Kereta Persendirian


PENDIDIKAN
Pengajian tinggi merupakan salah satu jalan untuk memperolehi peluang perkerjaan yang baik. Anak-anak kita adalah komodoti terbaik untuk masa depan yang cerah.
    • Sarjana