Tuesday, July 12, 2011

ETIQA TAKAFUL ANTARA ANUGERAH TERINDAH

THURSDAY, JANUARY 20, 2011

SARJANA takaful pendidikan - Antara yang digemari dan dicari ibubapa prihatin

Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapi demi masa depan dan kesejahteraan anak anda?

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.

Kecemerlangan masa depan anak anda di tangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.

Manfaat Utama
Manfaat Perlindungan
*sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak akan dilunaskan atau disambung bayar oleh takaful sehingga tarikh matang.
*sekiranya berlaku kematian ke atas anak, takaful akan menyumbang khairat kematian dan memulangkan wang simpanan pesrta beserta keuntungan.
*sekiranya berlaku keilatan ke atas anak takaful akan menyumbang manfaat keilatan tersebut.
*elaun harian hospital jika anak diwadkan.

Pembahagian Keuntungan
80% kepada peserta : 20% kepada Etiqa Takaful Berhad

Pengecualian Cukai Pendapatan
Layak menerima pelepsan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hadiah Intelek
Peserta memperolehi keputusan cemerlang akan memperolehi wang tunai sebagai hadiah galakan;
      UPSR :RM500
      PMR  :RM750
      SPM  :RM1000
      STAM :RM1000
      STPM :RM1000

*selamat berSarjana dari etiqa takaful-Kamariah Agency
                                                          No 31, Jln Gemilang 1, Taman Gemilang,
                                                          32610 Seri Iskandar, Perak.

Sunday, February 6, 2011

Pelan WARISAN (SKIM TABUNGAN PERSARAAN DAN PERLINDUNGAN)

Skim Tabungan Persaraan Dan Perlindungan adalah satu skim yang dibina untuk mewujudkan kerjasama antara dua pihak iaitu peserta bersama Etiqa Takaful Berhad sebagai pemegang amanah. Ianya bertujuan bagi menyediakan Pelan Perlindungan Takaful sepanjang tempoh perkhidmatan serta Manfaat Tabungan Persaraan kepada peserta.

OBJEKTIF ASAS
  • Menyediakan SkimPerancangan Simpanan Persaraanapabila sampai usia bersara.
  • Manfaat Perlindungan sebagai persediaan SEKIRANYA ditimpa musibah.
  • Menyediakan Manfaat Kebajikan Tambahan sepanjang tempoh perkhidmatan.
MANFAAT UTAMA
  • Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.
  • Plilihan sumbangan terhad pada umur 55, 60 atau 65 tahun.
  • Di akhir tempoh kontak semua amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta beserta dengan lebihan Akaun Khas Peserta akan dipulangkan.
  • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh keilatan.
  •  Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul daripada tahun kedua penyertaan.
  • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan. 
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.

  • Rider bertempoh
  • Rider Penyakit Kritikal
  • Rider Manfaat Hospital
  • Rider Pampasan Kemalangan
  • Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
  • Rider Manfaat Pembayar - Kontrak Juvana Sahaja
Kelayakan Penyertaan
Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan : Minimum 28 tahun dan maksimum 87 tahun
Had Umur Matang : 88 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan Minimum : RM600.00 setahun

Lat Sumbangan : * Tahunan
                          * Setengah Tahunan
                          * Suku Tahunan
                          * Bulanan

Perlindungan Minimum : RM10,000

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuesday, February 1, 2011

Tentang Takaful

Pengertian Takaful
 “Skimyang berasaskan persaudaraanperpaduan dan bantuan bersama yangmenyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jikadiperlukan di mana peserta-peserta  sama-sama bersetuju untuk memberisumbangan bagi maksud itu.”


Ciri-ciri Takaful; 
  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru'
  • Pelaburan Halal
  • Dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada Unsur Riba
  • Tiada Unsur Maisir
  • Tiada Unsur Gharar
  • Perkongsian Keuntungan (80% Peserta : 20% eTiQa)

Perbandingan Takaful dan Insurans

Takaful
  1. Tertakluk Akta Takaful 1984
  2. Peserta melaksanakan sumbangan berdasarkan konsep tabarru'
  3. Penyumbang adalah peserta dan sebahagian drp keluarga besar
  4. Syarikat = Pengendali risiko
  5. Penyertaan takaful merupakan satu akad antara peserta dan Pengendali takaful
  6. Majlis Pengawasan Syariah berfungsi penuh agar syarikat menepati syarak
  7. Tiada unsur riba, maisir dan gharar

Insurans
  1. Tertakluk Akta Insuran 1963
  2. Pemegang polisi membayar premium atas perlindungan
  3. Pembayar adalah pembeli dan dianggap sebagai orang luar
  4. Syarikat = Penanggung risiko
  5. Pembelian insurans adalah satu kontrak antara Penginsurans dan Pemegang Polisi
  6. Tiada Majlis Pengawasan Syariah
  7. Terdapat unsur-unsur maisir,riba dan gharar (Rukun jual beli tidak sempurna)











Kenapa Perlu Saya Ambil Takaful

  •  Persiapan jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
  • Ambil takaful ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang takaful.
  • Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
  • Kos pengajian semakin tinggi. Anak saya perlu ada takaful untuk meringankan beban saya kelak.
  • Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya saya meninggal dunia akibat musibah.
  • Takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Amanah Allah"

Intisari Sural AL-BAQARAH : Ayat 180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat utk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa"

Intisari Surah AL-BAQARAH : Ayat 240

"Allah S.W.T memerintahkan kepada para suami supaya menyediakan perbelanjaan yang sehingga boleh bertahan selama setahun lamanya untuk isteri-isteri yang akan ditinggalkan kerana kematian"

Intisari Surah AN-NISSA' : Ayat 9

"Allah S.W.T memerintahkan kepada para ibu bapa agar tidak berlaku zalim kepada anak-anak yang akan ditinggalkan kerana kematian ibu bapa mereka, iaitu hendaklah mereka meninggalkan harta yang sekadar dapat mereka meneruskan hidup mereka sehinggalah mereka mampu berusaha sendiri"


Sabda Rasulullah S.A.W ; 

 Tinggalkan anak-anak dan isteri dalam kesenangan (berharta)adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaanmeminta-minta -Hadith Riwayat Al-Bukhari

Pelan Jaminan Kewangan

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?
Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak?

Etiqa takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah, antaranya;

1. Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal
2. Elaun harian hospital
3. Pampasan kemalangan diri (24 jam)
4. Pampasan 36 penyakit kritikal
5. Tabung pendidikan anak (Program anak angkat & biasiswa)
6. Simpanan untuk persaraan
7. Jaminan haji dan umrah
8. Tabung kecemasan
9. Pulangan Matang

Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi;

1. Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA
2. Pelepasan cukai pendapatan
3. Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan
4. Amal jariah
5. Muamalat Islam

"Langkah Bijak Anda Menabung Hari Ini Menjamin Masa Depan Anda Sekeluarga"