Pelan SARJANA (Tabung Pendidikan)
Manfaat Perlindungan
- Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
- Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan beserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
- Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Keilatan seperti dalam jadual yang ditetapkan.
Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan
Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahuluan biaya pendidikan.
Manfaat Matang
Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.
- Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
- Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
- Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
- Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
- Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
- Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
- Rider Manfaat Pendapatan Keluarga (Pembayar Sahaja)
- Tabungan Tambahan
Kelayakan Penyertaan
Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 25 tahun
Umur pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minimum : RM10,000
Sumbangan Minimum : RM600 setahun
Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
No comments:
Post a Comment