Gabungan tabungan dan perlindungan untuk perancangan kewangan hari esok. Pelan yang fleksibel dalam meningkatkan perlindungan kewangan keluarga.
WARISAN
Faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.
PRIMA
Ia adalah pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya. Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu musibah.
EHSAN
Ia merupakan peninggalan untuk mereka yang tersayang jika ditakdirkan musibah menimpa anda kerana anda diberikan perlindungan kewangan maksima. Sumbangan rendah untuk perlindungan kewangan yang tinggi.
SAKINAH
Perlindungan sekeluarga dengan hanya satu pelan dan satu sumbangan. Sakinah adalah satu-satunya pelan Takaful Keluarga yang menawarkan khidmat perlindungan menyeluruh dengan hanya menyertai satu pelan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan fleksibiliti bagi pasangan suami isteri atau ibubapa dan anak-anak.
SARJANA
Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok. Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.
No comments:
Post a Comment